AGENDA

MB: 5,000 individu terima dos penggalak percuma takat hari ini

16 Dis 2021, 8:24 AM
MB: 5,000 individu terima dos penggalak percuma takat hari ini

SHAH ALAM, 16 DIS: Seramai 5,000 individu negeri ini menerima dos penggalak melalui program Vaksin Selangor (Selvax) Booster setakat hari ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata angka itu membuktikan semangat rakyat Selangor mengekang wabak Covid-19 yang boleh mengancam kesejahteraan negeri.

"Bagi menjamin warga Selangor mendapat akses kepada perlindungan optimum terhadap virus Covid-19, Kerajaan Negeri menawarkan dos penggalak secara percuma menerusi Selvax Booster.

"Sehingga 13 Disember lepas, seramai 33,358 warga Selangor telah mendaftar di aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat), menggambarkan sambutan sangat menggalakkan," tulisnya di Facebook hari ini.

Pada 7 Disember lalu, Amirudin mengumumkan sebanyak 157,000 dos penggalak akan diberikan secara percuma menerusi program itu mulai 8 Disember.

Menurutnya, individu berusia 18 tahun ke atas yang lengkap dua dos vaksin boleh mendapatkannya di Klinik Selcare berdekatan.

Senarai klinik yang terlibat boleh didapati di laman sesawang https://selcareclinic.com/our-clinics/ atau melalui aplikasi SELangkah.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619