AGENDA

Agihan susu, lampin pakai buang bantu ribuan penduduk susah

15 Dis 2021, 8:14 AM
Agihan susu, lampin pakai buang bantu ribuan penduduk susah

PUCHONG, 15 DIS: Lebih 7,000 keluarga berpendapatan rendah (B40) di seluruh negeri bakal menerima bantuan susu dan lampin pakai buang sumbangan Kerajaan Selangor.

Inisiatif secara berfasa mulai Julai lalu selesai diagihkan kepada 1,510 penerima dengan peruntukan RM200,000, kata EXCO pembangunan wanita dan keluarga.

Sementara itu, fasa kedua pula menyasar seramai 5,600 orang dengan dana RM336,000 yang akan diagihkan oleh Wanita Berdaya Selangor, jelas Dr Siti Mariah Mahmud.

"Program ini bagi membantu meringankan beban wanita yang rata-ratanya terjejas akibat pandemik Covid-19 di samping memberi sokongan dalam memenuhi keperluan tumbesaran kanak-kanak," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan program pemberian bantuan susu dan lampin pakai buang kepada penerima B40 di Dewan Serbaguna MPSJ Kampung Seri Aman di sini hari ini.

Dr Siti Mariah turut mengalu-alukan individu yang terjejas untuk segera memohon bantuan melalui pusat khidmat masyarakat berhampiran.

"Kita juga sentiasa terbuka menjalin kerjasama pintar bersama syarikat korporat untuk melaksanakan program pemberian bantuan kepada rakyat negeri ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619