AGENDA

Belanjawan negeri tumpu menyeluruh isu kesihatan

15 Dis 2021, 6:30 AM
Belanjawan negeri tumpu menyeluruh isu kesihatan

SHAH ALAM, 15 DIS: Belanjawan Selangor 2022 yang dibentang bulan lalu tidak hanya mementingkan usaha mencegah Covid-19 malah merangkumi rawatan penyakit lain.

Ketua ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad berkata pendekatan negeri dalam kesihatan dilihat seimbang termasuk menyediakan dana bagi rawatan jantung dan kanser.

"Saya lihat pendekatan diambil Kerajaan Negeri agak seimbang dengan memberi peruntukan kepada Skim Rawatan Jantung, program saringan kesihatan dan denggi,” kata Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Beliau berkata demikian pada program Table Talk yang disiarkan melalui Facebook Media Selangor dan YouTube SelangorTV baru-baru ini.

Belanjawan negeri yang dibentang Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari pada 26 November lepas menyediakan dana bagi tiga skim rawatan iaitu jantung, tibi dan Slim Selangor bagi mengatasi obesiti berjumlah RM6.1 juta.

Sebanyak RM5 juta pula diperuntuk untuk pencegahan dan kawalan denggi dengan meneroka teknologi baharu seperti dron bagi mengesan lokasi wabak selain membangunkan aplikasi.

Kerajaan Negeri juga memperuntuk RM1 juta untuk rakyat Selangor menjalani saringan mammogram, serviks, kolorektal dan prostat menerusi program Kanser Selangor (CanSEL).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619