AGENDA

Mayat bayi perempuan ditemukan dalam tong sampah

14 Dis 2021, 3:49 AM
Mayat bayi perempuan ditemukan dalam tong sampah

KUALA LUMPUR, 14 DIS: Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan di dalam tong sampah berdekatan tempat letak kenderaan bertingkat sebuah pangsapuri di Bandar Tun Razak, Cheras di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata mayat bayi berkenaan ditemukan seorang lelaki warga asing yang merupakan pekerja pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kira-kira 5.50 petang.

Menurutnya, lelaki berkenaan mendakwa menjumpai mayat bayi tersebut ketika mengambil tong sampah dan memaklumkan perkara itu kepada penyelianya.

"Mayat bayi malang tersebut dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras untuk proses bedah siasat hari ini.

"Tiada sebarang dokumen pengenalan dijumpai pada bayi itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Idzam berkata setakat ini, tiada tangkapan dilakukan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana balai polis berdekatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619