AGENDA

Kadar air tidak berhasil turun, hampir capai sasaran 28 peratus

13 Dis 2021, 12:00 PM
Kadar air tidak berhasil turun, hampir capai sasaran 28 peratus

SHAH ALAM, 13 DIS: Kadar air tidak berhasil (NRW) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencecah 28.1 peratus setakat November, kata Pengurusan Air Selangor (Air Selangor).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Suhaimi Kamaralzaman yakin kadar itu boleh menurun sehingga 28 peratus seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

"Kita yakin mampu mencapainya dengan usaha lebih menjelang akhir tahun ini. Untuk menurunkan kadar NRW, terdapat beberapa aspek dibuat seperti penggantian paip bocor dan pecah," katanya.

Bercakap dalam sidang akhbar secara maya melalui aplikasi Zoom petang tadi, Air Selangor turut menyasarkan NRW bagi ketiga-tiga kawasan turun kepada 27 peratus tahun depan.

Sementara itu, Suhaimi berkata sepanjang 154km paip lama digantikan dengan rekod Indeks Paip Pecah (PBI) sekitar 6.73 kes bagi setiap 100km berbanding piawaian antarabangsa iaitu 13 kes.

"Penggantian ini melibatkan 60 kawasan kritikal yang memerlukan penggantian paip baharu walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan," katanya lagi.

Tahun lalu, syarikat itu berjaya mengurangkan kadar NRW kepada 28.6 peratus berbanding sasaran SPAN sebanyak 29.2 peratus.

Sebelum ini, EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim menyasarkan NRW negeri turun kepada 25 peratus menjelang 2025 melalui perancangan rapi termasuk penggantian pelbagai komponen.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619