AGENDA

Bantuan sekolah manfaat lebih 40,000 murid, ringan beban ibu bapa

13 Dis 2021, 3:45 AM
Bantuan sekolah manfaat lebih 40,000 murid, ringan beban ibu bapa

SHAH ALAM, 13 DIS: Program bantuan masuk sekolah bagi anak Selangor memberi manfaat kepada 44,484 ahli Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas).

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata bantuan persekolahan merangkumi beg sekolah, alat tulis, bekas makanan, botol minuman, pelitup muka dan cecair pembasmi kuman.

"Semoga bantuan ini memberi manfaat kepada anak-anak dan pada masa yang sama meringankan beban pada ibu-bapa menjelang permulaan sesi persekolahan tahun hadapan," katanya menerusi Facebook.

Tawas yang diuruskan Yayasan Warisan Anak Selangor dilancarkan secara rasmi sempena sambutan Ambang Merdeka peringkat Selangor pada 30 Ogos 2008.

Program ini terbuka kepada anak kelahiran Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak berusia tiga tahun. Ahli Tawas menerima RM1,500 apabila mencapai usia 18 tahun kelak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619