AGENDA

2.3 juta saman trafik dibayar, jumlah kutipan RM109 juta

12 Dis 2021, 8:44 AM
2.3 juta saman trafik dibayar, jumlah kutipan RM109 juta

SHAH ALAM, 12 DIS: Sejumlah RM109 juta berjaya dikutip pihak polis dalam tempoh empat hari pelaksanaan pengurangan saman trafik yang bermula Khamis lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata jumlah itu membabitkan 2.3 juta saman trafik, lapor Berita Harian.

Acryl Sani berkata pihaknya juga sedia maklum mengenai kesesakan di kaunter bayaran saman serta kesesakan pembayaran secara dalam talian pada waktu puncak.

"Sehubungan itu saya sudah meminta Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) untuk melihat keperluan bagi menambah kaunter bayaran saman di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

"Ini adalah bagi memudahkan orang ramai mengambil kesempatan menjelaskan saman mereka di kaunter yang disediakan tanpa perlu bersesak-sesak," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619