AGENDA

Tempoh diskaun saman trafik dilanjut hingga 31 Disember

12 Dis 2021, 8:00 AM
Tempoh diskaun saman trafik dilanjut hingga 31 Disember

SHAH ALAM, 12 DIS: Tempoh diskaun untuk bayaran saman trafik yang dijadual berakhir tengah malam ini dilanjutkan hingga 31 Disember.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pelanjutan itu memberi peluang kepada orang ramai menjelaskan saman mereka, lapor Berita Harian.

"Disebabkan sambutan yang menggalakkan sama ada di kaunter bayaran saman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan kontinjen di seluruh negara, maka kita memutuskan untuk melanjutkan tempoh kompaun bayaran saman.

"Setakat ini sebanyak 2.3 juta saman sudah diselesaikan oleh orang ramai," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Pada 8 Disember lalu polis menawarkan pengurangan saman terpilih sehingga 80 peratus dengan had minimum RM30 bermula 9 Disember hingga 12 Disember.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619