AGENDA

Dos penggalak: Wakil rakyat boleh mohon laksana program suntikan di kawasan

9 Dis 2021, 7:32 AM
Dos penggalak: Wakil rakyat boleh mohon laksana program suntikan di kawasan

SHAH ALAM, 9 DIS: Wakil rakyat yang berminat melaksana program Vaksin Selangor (Selvax) Booster di kawasan masing-masing diminta membuat permohonan kepada Kerajaan Negeri.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata program suntikan dos penggalak yang bermula semalam hanya dijalankan di 16 Klinik Selcare setakat ini.

"Program Selvax Booster akan turut dilaksanakan di beberapa lokaliti tertentu berdasarkan permintaan Ahli  Dewan Negeri seluruh Selangor.

"Maklumat lanjut berkenaan Program Selvax Booster di Dewan Undangan Negeri akan diumumkan dalam masa terdekat selepas Kerajaan Negeri memperincikan tatacara operasi piawai (SOP)," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Balakong Wong Siew Ki mengenai perancangan vaksin Covid-19 dos ketiga dalam Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Kelmarin, Kerajaan Negeri mengumumkan sebanyak 157,000 dos penggalak akan diberikan secara percuma menerusi program Selvax Booster.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata individu berusia 18 tahun ke atas yang lengkap dua dos vaksin boleh mendapatkannya secara terus di Klinik Selcare berdekatan.

“Senarai klinik yang terlibat akan dalam pelaksanaan program ini boleh didapati di laman sesawang http://selcareclinic.com/our-clinic/ atau melalui aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat).

Pada 30 Jun Selangor melancarkan Selvax Komuniti yang menyasarkan warga emas dan golongan berpendapatan rendah manakala Selvax Industri memfokuskan pekerja termasuk warga asing.

Kemudian pada 12 September Selvax bergerak dilaksanakan menggunakan bas dan van bagi memastikan tiada rakyat negeri ini tercicir daripada menerima suntikan pelalian.

Pada 7 Oktober, Kerajaan Negeri mengumumkan pula program Selvax Remaja melibatkan 150,000 dos pelalian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619