AGENDA

Tiada lagi hadir terus, wajib daftar di SELangkah untuk dos penggalak

9 Dis 2021, 7:14 AM
Tiada lagi hadir terus, wajib daftar di SELangkah untuk dos penggalak
Tiada lagi hadir terus, wajib daftar di SELangkah untuk dos penggalak

SHAH ALAM, 9 DIS: Warga Selangor yang ingin mendapatkan dos penggalak wajib mendaftar awal menggunakan kod baucar di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata arahan terbaharu itu susulan permintaan tinggi pada hari pertama Vaksin Selangor (Selvax) Booster mulai semalam.

"Berikutan permintaan tinggi pada hari pertama, Selvax Booster tidak lagi menerima kehadiran terus.

"Warga Selangor yang ingin mendapatkan dos penggalak wajib melakukan prapendaftaran menggunakan kod baucar di aplikasi SELangkah untuk mendapatkan janji temu," katanya di Facebook.

Beliau menambah slot janji temu di setiap Klinik Selcare terhad kepada 150 orang setiap hari.

Tutorial pendaftaran awal dan kod baucar boleh didapati melalui pautan https://bit.ly/selvaxb.

Kelmarin, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan tawaran 157,000 dos penggalak kepada rakyat negeri ini melalui Selvax Booster.

Suntikan pelalian itu boleh didapati di semua Klinik Selcare termasuk di Kuala Lumpur dengan lokasi boleh disemak melalui pautan https://selcareclinic.com/our-clinics/.

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619