AGENDA

Anwar sokong usaha Selangor sedia dos penggalak buat rakyat

8 Dis 2021, 2:03 PM
Anwar sokong usaha Selangor sedia dos penggalak buat rakyat

SHAH ALAM, 8 DIS: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong usaha Selangor menyediakan 157,000 dos penggalak percuma bagi meningkatkan kadar imunisasi rakyat negeri itu.

Ketua pembangkang berkata inisiatif melalui program Vaksin Selangor (Selvax) Booster wajar dicontohi negeri lain dan wakil rakyat peringkat persekutuan dalam menangani dampak Covid-19.

"Meningkatkan tahap imunisasi rakyat adalah keutamaan kita tatkala usaha membendung wabak ini mesti terus dipergiat ke arah melonjakkan negara ke arah pemulihan," tulisnya di Twitter hari ini.

Ahli parlimen Port Dickson itu turut menggesa rakyat Selangor berusia 18 tahun ke atas untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut di Klinik Selcare berdekatan.

Semalam, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan tawaran sebanyak 157,000 dos penggalak percuma kepada rakyat negeri ini melalui Selvax Booster.

Dos penggalak itu ditawarkan di semua 16 Klinik Selcare termasuk Kuala Lumpur

Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang http://selcareclinic.com/our-clinics/ atau melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619