AGENDA

Negeri hilang RM50 juta lepas kecualikan cukai hiburan

8 Dis 2021, 1:18 PM
Negeri hilang RM50 juta lepas kecualikan cukai hiburan

SHAH ALAM, 8 DIS: Kerajaan Selangor kehilangan lebih RM50 juta susulan pengecualian penuh duti hiburan antara Januari hingga September lalu.

Keputusan yang diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memberi kesan kepada hasil negeri, kata Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

"Terima kasih pada Kinrara (Ng Sze Han) yang menjelaskan tentang cukai hiburan. Sebenarnya negeri hilang lebih RM50 juta, antaranya disebabkan panggung wayang tidak beroperasi.

"Pengurangan tersebut akan memberi kesan kepada kemajuan dan hasil negeri," katanya pada sesi penggulungan usul perbelanjaan pembangunan 2022 di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Sebelum ini, Sze Han yang juga EXCO kerajaan tempatan memaklumkan pengecualian penuh duti hiburan selama sembilan bulan dipersetujui negeri pada 24 November tahun lalu.

Beliau berkata Kerajaan Negeri bersetuju mengutip semula cukai itu mulai 1 Oktober dan menyelaras bayaran untuk tahun depan dengan mengambil kira jumlah yang dibuat tahun ini.

Pada 2 Februari, Kerajaan Selangor mengecualikan duti hiburan bagi bayaran masuk ke taman tema seluruh negeri berkuat kuasa 18 Mac 2020 hingga 31 Disember tahun ini.

Dato’ Menteri Besar berkata langkah dengan kesan kewangan sebanyak RM26.35 juta bagi meringankan beban pengusaha sektor berkenaan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Cukai itu juga dikurangkan dari 25 kepada lima peratus selama lima tahun mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2026 dengan dampak kewangan RM21.04 juta setahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619