AGENDA

MB tegaskan dos penggalak negeri diberi percuma

8 Dis 2021, 10:40 AM
MB tegaskan dos penggalak negeri diberi percuma

SHAH ALAM, 8 DIS: Tiada bayaran dikenakan bagi pemberian dos penggalak menerusi program Vaksin Selangor (Selvax) Booster yang bermula hari ini, tegas Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata orang ramai yang ingin mendapatkan pelalian digalak mendaftar awal melalui laman web Klinik Selcare atau aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

"Ada cerita konon sekitar 50 set diagih ke klinik, itu tidak betul...kita sudah tambah dan menjelang esok lebih banyak suntikan diberi, bergantung jumlah individu yang datang dari semasa ke semasa," katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau turut bercadang mengadakan program Selvax Booster di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada masa akan datang membabitkan kerjasama wakil rakyat.

"Kita akan buat peringkat DUN tetapi wakil rakyat perlu selenggara dari aspek pusat pemberian vaksin seperti pelaksanaan Selvax Komuniti dan bergerak sebelum ini," katanya.

Semalam, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan sebanyak 157,000 dos penggalak disediakan kepada rakyat negeri ini melalui Selvax Booster.

Suntikan pelalian itu boleh didapati di semua 16 Klinik Selcare termasuk di Kuala Lumpur dengan lokasi boleh disemak melalui pautan https://selcareclinic.com/our-clinics/.

Pada 30 Jun, Kerajaan Selangor melancarkan Selvax Komuniti dan Selvax Industri bagi melengkap dan mempercepatkan proses suntikan pelalian penduduk negeri ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619