AGENDA

Subsidi Kafa-i bantu keluarga susah tampung yuran anak

8 Dis 2021, 2:20 AM
Subsidi Kafa-i bantu keluarga susah tampung yuran anak
Subsidi Kafa-i bantu keluarga susah tampung yuran anak
Subsidi Kafa-i bantu keluarga susah tampung yuran anak

HULU SELANGOR, 8 DIS : Inisiatif Selangor memberi subsidi yuran Kelas al-Quran dan Fardu Ain Integrasi (Kafa-i) sedikit sebanyak membantu keluarga terkesan akibat pandemik Covid-19.

[caption id="attachment_498872" align="alignleft" width="250"] Abd Halim Hamzah[/caption]

Ketua Guru Sekolah Kafa-i Kampung Serigala Abd Halim Hamzah berkata bantuan RM30 sebulan besar maknanya kepada golongan susah terutama dalam keadaan kos sara hidup makin tinggi.

"Peningkatan kos sara hidup menyebabkan ada segelintir ibu bapa terpaksa tangguh bayar yuran sekolah anak.

"Kami faham kesusahan mereka ditambah pula dalam situasi pandemik. Apabila Kerajaan Selangor umum perkara ini, saya rasa ia merupakan khabar gembira kepada ibu bapa," katanya.

Beliau ditemui dalam Majlis Penyerahan Komputer Kepada Sekolah Kafa-i oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu di sini.

[caption id="attachment_498873" align="alignright" width="250"] Siti Zabedah Muklas[/caption]

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Agama Hulu Selangor Murni Muhammad berkata pihaknya menyambut baik usaha Kerajaan Selangor yang sentiasa cakna terhadap nasib rakyat.

"Dengan subsidi ini saya percaya mungkin selepas ini lebih ramai ibu bapa mahu menghantar anak mereka ke sekolah Kafa-i.

"Namun, saya berharap masyarakat menggunakan insentif diberikan Kerajaan Selangor ini sebaiknya," katanya.

Pada 26 November, Dato’ Menteri Besar ketika membentangkan Belanjawan #Selangor2022 mengumumkan pemberian subsidi RM30 sebulan kepada 14,000 murid daripada keluarga B40

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pemberian sekali bayar itu julung kali dilaksanakan dan inisiatif juga sebagai galakan kepada masyarakat menyediakan pendidikan agama Islam untuk kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619