AGENDA

Lapan sekolah Kafa-i dapat komputer sumbangan MBI

7 Dis 2021, 8:04 AM
Lapan sekolah Kafa-i dapat komputer sumbangan MBI

HULU SELANGOR, 7 DIS: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyumbang 24 unit komputer kepada lapan sekolah Kelas al-Quran dan Fardu Ain Integrasi (Kafa-i) di Hulu Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Norita Mohd Sidek berkata setiap sekolah menerima tiga unit komputer bernilai RM2,500 setiap satu dengan kos keseluruhan RM60,000.

"Sumbangan ini bagi memudahkan pengurusan sekolah mendidik murid di samping menyokong usaha Kerajaan Selangor ke arah pendigitalan," katanya selepas menyerahkan peranti terbabit di Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu hari ini.

Sekolah yang menerima sumbangan ialah Kafa-i Seri Kledang, Kafa-i Kampung Serigala, Kafa-i Sungai Tengi Selatan dan Kafa-i Intifaqiah Lembah Beringin.

Turut mendapat bantuan termasuk Kafa-i Kampung Kuantan, Kafa-i Ar Raudhah, Kafa-i Bukit Sentosa Fasa 3 dan Kafa Kampung Batu 30.

Mengulas perancangan tahun depan, Norita berkata pihaknya bercadang menjelajah ke sekolah Kafa-i di setiap daerah untuk mengagihkan bantuan sama.

Sebelum ini, MBI pernah memberi sumbangan baik pulih sekolah dan program Ihya Ramadhan kepada sekolah Kafa-i di negeri ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619