ADN

Kerajaan persekutuan didesak beri peruntukan baiki jalan Pelabuhan Klang

6 Dis 2021, 2:46 PM
Kerajaan persekutuan didesak beri peruntukan baiki jalan Pelabuhan Klang

SHAH ALAM, 6 DIS: Wakil rakyat Pelabuhan Klang mendesak kerajaan persekutuan memberi peruntukan membaiki jalan di kawasan itu atau pihaknya mengadakan mogok sekiranya permintaan itu tidak diendahkan.

Azmizam Zaman Huri berkata ketika Pakatan Harapan (HARAPAN) menerajui negara sebanyak RM50 juta diperuntuk, namun selepas bertukar pentadbiran peruntukan menyelenggara tidak lagi diberikan.

"Selepas itu pada 2020, 2021 dan tahun depan tiada lagi pengumuman peruntukan untuk jalan-jalan ini oleh kerajaan persekutuan.

"Mohon dewan yang mulia ini desak kerajaan persekutuan kerana rakyat tidak tahu jalan-jalan persekutuan memerlukan peruntukan kerajaan persekutuan sebaliknya Kerajaan Selangor dipersalahkan," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2022 pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Azmizam berkata beliau difahamkan sebanyak RM88 juta diperlukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor untuk menyelenggara jalan terbabit.

"Sekiranya menteri kerja raya, menteri pengangkutan tidak mahu memberi peruntukan kepada negeri melalui JKR Selangor,  kita akan melancarkan mogok besar-besaran," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619