EXCO

Negeri sedia program bantu pengurusan pangsapuri tingkat pendapatan

6 Dis 2021, 12:27 PM
Negeri sedia program bantu pengurusan pangsapuri tingkat pendapatan
Negeri sedia program bantu pengurusan pangsapuri tingkat pendapatan

SHAH ALAM, 6 DIS: Kerajaan Negeri memperkenalkan program yang dapat membantu meningkatkan sumber kewangan badan pengurusan bersama (JMB) pangsapuri terutama kos rendah dan sederhana rendah.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian mewakili EXCO Perumahan Rodziah Ismail berkata program tersebut adalah kebun komuniti atau Laman Hijau Strata, K Inovasi Pusat Kitar Strata dan Mobilisasi Ekonomi Komuniti Bandar Selangor.

[caption id="attachment_498674" align="alignleft" width="372"]
Hee Loy Sian menjawab soalan dalam sidang Dewan Negeri Selangor pada 6 Disember 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Program memberdayakan ekonomi ini dapat memberi impak positif kepada pendapatan komuniti pangsapuri dan badan pengurusan untuk menampung perbelanjaan penyelenggaraan pangsapuri.

"Misalnya, penglibatan komuniti dalam projek Laman Hijau Strata melalui penjualan hasil pertanian dan Pusat Kitar Strata secara pemberian kupon kepada pemilik yang boleh dikontra dengan pembayaran caj," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Taman Templer Sany Hamzan mengenai usaha Kerajaan Negeri bagi membantu JMB yang bermasalah dari segi kewangan dalam menguruskan pentadbiran pada Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Menurut Loy Sian sistem Laporan Kewangan Pangsapuri di Selangor (E-COB) juga dibangunkan khusus untuk membantu JMB menyediakan laporan kewangan dan perbelanjaan pangsapuri secara digital.

"Usaha ini bagi membantu jawatankuasa JMB menentukan perbelanjaan yang penting sahaja mengikut kemampuan kewangan selain dipantau secara terus oleh COB mengikut kawasan," katanya.

Beliau berkata Kursus Pemantapan Pengurusan Bangunan Dan Kediaman Berstrata (C-Smart) turut dilaksana bagi memantapkan jawatankuasa JMB berhubung pengurusan kewangan dan selenggara pangsapuri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619