AGENDA

PTPTN terima deposit SSPN 159 peratus, lebihi sasaran awal

6 Dis 2021, 4:05 AM
PTPTN terima deposit SSPN 159 peratus, lebihi sasaran awal

KUALA LUMPUR, 6 DIS: Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) mencatatkan situasi luar biasa dengan terimaan deposit Simpan SSPN berjumlah RM175 juta atau 159 peratus berbanding sasaran awalnya sebanyak RM110 juta.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam satu kenyataan hari ini berkata kejayaan terimaan deposit yang tinggi itu jelas menunjukkan semakin ramai ibu bapa mengambil berat mengenai kepentingan menabung dan perancangan kewangan bagi menjamin masa depan pendidikan tinggi anak-anak.

"Kekallah menjadi 'superhero' sepanjang masa untuk anak-anak dengan membuat perancangan kewangan dari awal bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna.

"Pendidikan memainkan peranan penting, bukan sahaja sebagai satu laluan untuk melahirkan modal insan yang berguna tetapi juga menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan ekonomi negara," katanya.

BMS 2021 anjuran PTPTN diadakan sepanjang Oktober 2021 bersempena Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Okt setiap tahun.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619