AGENSI

Inisiatif Peduli Rakyat dijenama Iltizam Selangor Penyayang seiring penambahbaikan

3 Dis 2021, 3:42 PM
Inisiatif Peduli Rakyat dijenama Iltizam Selangor Penyayang seiring penambahbaikan

SHAH ALAM, 3 DIS: Penjenamaan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) kepada Iltizam Selangor Penyayang (ISP) seiring dengan penambahbaikan terhadap beberapa program sebelum ini.

Dato' Menteri Besar berkata selain mempunyai beberapa program baharu, ISP diharap dapat mengembangkan budaya kasih sayang dalam kalangan warga Selangor.

"Adakah kita tukar nama ini sesuka hati?...pastinya tidak kerana kita melakukan penjajaran, pemutihan, semak silap terhadap semua program dan selepas siap semuanya pergabungan, pengguguran dan pertambahan...jadi akhirnya kita ada program yang komprehensif.

"Selepas menukar konsep kepada ISP kerana azam dan cita-cita kita harap budaya penyayang dapat dikembangkan di negeri ini," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika menggulung perbahasan Belanjawan #Selangor2022 pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Sebelum ini, ketua pembangkang berharap Kerajaan Negeri mengekalkan nama IPR berbanding menukarkannya kepada ISP.

Datuk Rizam Ismail berkata rakyat sudah sedia maklum mengenai IPR dan penjenamaan semula nama dikhuatiri menyebabkan mereka menjadi tidak jelas terhadap sesuatu inisiatif.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619