EXCO

Peruntukan RM4.9 juta atasi masalah banjir di Dusun Tua

3 Dis 2021, 4:26 AM
Peruntukan RM4.9 juta atasi masalah banjir di Dusun Tua

SHAH ALAM, 3 DIS: Kerajaan Negeri membelanjakan lebih RM4.9 juta untuk mengatasi masalah banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua dalam tempoh empat tahun.

EXCO infrastruktur Ir Izham Hashim berkata peruntukan sejak 2018 sehingga Oktober lalu membabitkan kerja penyelenggaraan, cuci gali, penyelenggaraan tebing dan pemuliharaan sungai.

"Pada 2018 sebanyak 21 projek dijalankan dengan kos RM485,694 diikuti 23 projek pada 2019 dengan kos RM1.1 juta.

"Sebanyak RM1.8 juta dibelanjakan pada 2020 membabitkan 43 projek dan RM1.5 juta pada 2021 dengan 30 projek," katanya dalam Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini .

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Dusun Tua Edry Faizal Eddy Yusof berhubung peruntukan mengatasi banjir di DUN Dusun Tua.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619