EXCO

Selangor negeri pertama bantu penggiat seni terjejas pandemik

2 Dis 2021, 3:51 AM
Selangor negeri pertama bantu penggiat seni terjejas pandemik

SHAH ALAM, 2 DIS: Selangor menjadi negeri pertama membantu kelangsungan hidup golongan seni terutama seniman jalanan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

EXCO Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah berkata Kerajaan Negeri memperuntuk RM250,000 bagi membantu pemuzik jalanan yang berdaftar bawah kelab atau persatuan negeri.

"Kita bantu hampir 1,000 seniman jalanan untuk mereka adakan persembahan di pusat pemberian vaksin (PPV) bagi menghiburkan penerima suntikan," katanya pada Program Rentak Selangor di Sabak Bernam semalam.

Beliau menambah, pihaknya juga mendapat kelulusan bagi membantu kumpulan nasyid yang turut terkesan akibat pandemik.

"Selepas ini kita mungkin bantu kumpulan kompang, marhaban dan sebagainya," katanya.

Ogos lalu, Kerajaan Negeri memperuntuk RM250,000 bagi membantu 720 pemuzik jalanan melalui inisiatif Kita Buskers Selangor.

Pada 4 November, satu lagi inisiatif, Kita Seniman Selangor dilancar membabitkan peruntukan RM50,000 bagi membantu kelangsungan hidup golongan seni terbabit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619