AGENDA

Sistem pintar Inisiatif Peduli Rakyat mudahkan rakyat buat permohonan, semakan

1 Dis 2021, 7:54 AM
Sistem pintar Inisiatif Peduli Rakyat mudahkan rakyat buat permohonan, semakan

SHAH ALAM, 1 DIS: Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) yang dibangunkan Kerajaan Negeri memudahkan rakyat melakukan proses permohonan dan semakan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) secara dalam talian, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata sistem itu menjadi platform untuk rakyat menikmati 33 manfaat IPR disediakan Kerajaan Negeri.

"SSIPR merupakan gerbang berasaskan konsep pusat sehenti bagi memudahkan rakyat melaksanakan urusan pendaftaran, permohonan dan semakan dalam talian bagi inisiatif IPR.

"Bagi tujuan pendaftaran dan semakan kelayakan, maklumat pemohon yang direkod dan disimpan SSIPR hanya yang asas seperti jantina, bangsa, alamat, pendapatan, pekerjaan serta status perkahwinan," katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin adakah SSIPR mencatat maklumat penting penerima bantuan oleh Jabatan Jabatan Agama Islam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Amirudin berkata, setiap wakil Ahli Dewan Negeri (ADN) juga hanya boleh meneliti data pemohon IPR di kawasan masing-masing tertakluk lima skim yang memerlukan pengesahan pejabat wakil rakyat.

Katanya, skim itu meliputi program Jom Shopping Perayaan, Kasih Ibu Smart Selangor, Program Tuisyen Rakyat Selangor, Program Bantuan Sekolah Selangor dan Skim Ceria.

Amirudin menambah Kerajaan Negeri melaksanakan sesi Transfer of Technology (ToT) bersama pihak vendor dan wakil pejabat ADN bagi memberi tunjuk ajar berkaitan penggunaan pengesahan permohonan lima skim IPR pada Januari lalu.

"Sesi ini dimaklumkan bahawa SSIPR boleh memaparkan maklumat pemohon di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri masing-masing. Satu manual pengguna turut disertakan dalam SSIPR untuk rujukan lanjut," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619