AGENDA

1,076 kes dera kanak-kanak di Selangor hingga September

1 Dis 2021, 4:51 AM
1,076 kes dera kanak-kanak di Selangor hingga September

SHAH ALAM, 1 DIS: Sebanyak 1,076 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan di Selangor antara Januari hingga September tahun ini, kata EXCO pembangunan wanita dan keluarga.

Daripada jumlah itu, sebanyak 527 kes membabitkan penderaan fizikal, gangguan seksual (514) dan penderaan emosi (35), maklum Dr Siti Mariah Mahmud.

"Berdasarkan statistik polis Selangor, penderaan kanak-kanak di negeri ini dibahagikan kepada tiga kategori tanpa mengkhususkan kepada kes pedofil," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli berhubung kes pedofilia dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Dr Siti Mariah berkata Selangor memiliki 11 Pasukan Perlidungan Kanak-Kanak di setiap daerah untuk menyokong khidmat perlindungan kanak-kanak dalam komuniti.

Menurutnya, pasukan itu juga bertanggungjawab menyelaras aktiviti di 17 pusat aktiviti kanak-kanak (PAKK) di setiap daerah mengikut keperluan masyarakat.

"PAKK setiap daerah boleh berfungsi sebagai tempat rekreasi, pusat advokasi, pusat sumber, pusat pembelajaran, pusat intervensi krisis, pusat sukan dan riadah.

"Usaha ini untuk membantu mencegah kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak, ponteng sekolah, kerosakan akhlak dan lain-lain masalah sosial," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619