AGENDA

Nilai keperluan semasa pemohon antara penambahbaikan skim peduli sihat

30 Nov 2021, 6:00 AM
Nilai keperluan semasa pemohon antara penambahbaikan skim peduli sihat

SHAH ALAM, 30 NOV: Perubahan syarat dengan menilai keperluan semasa dan tanggungan pemohon tanpa terikat garis pendapatan tertentu antara penambahbaikan program Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS).

EXCO kesihatan awam berkata program yang kini dinamakan 'Iltizam Selangor Sihat' seperti diumum Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dalam Belanjawan Selangor 2022 turut menambah kuota daripada 85,000 kepada 90,000 penerima.

Dr Siti Mariah Mahmud menjelaskan Ahli Dewan Negeri diberi kuasa autonomi untuk menilai dan meluluskan permohonan manfaat berkenaan.

"Manfaat insurans sedia ada juga dikekalkan, namun pembayaran akan dibuat berdasarkan kaedah tuntutan dan penerima manfaat diperluas untuk melindungi ahli keluarga peserta skim yang diperincikan nanti.

"Selain itu, manfaat kemalangan, kematian dan penyakit kritikal akan dikekalkan namun kadar manfaat juga dimaklumkan kemudian," katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Sungai Pelek Ronnie Liu Tian Khiew berhubung penambahbaikan skim berkenaan.

Mengulas baki wang di akaun Peduli Sihat yang didakwa dibekukan tahun lalu, Dr Siti Mariah menjelaskan tiada sebarang pembekuan peruntukan SIPS dibuat.

Katanya sebanyak RM21.4 juta daripada RM39.5 juta peruntukan atau 54.2 peratus digunakan sehingga 31 Oktober tahun ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619