AGENDA

MB: 1,200 usahawan kecil, mikro sertai Seldec

30 Nov 2021, 3:23 AM
MB: 1,200 usahawan kecil, mikro sertai Seldec

SHAH ALAM, 30 NOV: Seramai 1,200 usahawan kecil dan mikro menyertai program Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec) setakat ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata lebih 800 produk dijual dalam platform terbabit dengan purata jualan mencecah antara RM65,000 hingga RM100,000 sebulan.

"Semasa perayaan, pendapatan itu meningkat sebanyak 40 peratus. Ketika Aidiladha Julai lalu, pendapatan Seldec mencecah RM140,000 berikutan permintaan tinggi produk segar seperti ayam dan daging," katanya.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran berhubung jumlah orang yang menjual di platform Seldec pada Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Amirudin berkata sejumlah RM2.6 juta dibelanjakan bagi pembangunan Seldec yang dibiayai Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Beliau menjelaskan kos itu termasuk pembangunan portal Seldec dan operasi pemasaran.

"Seldec juga terima geran sekali (bayar) untuk pasaran dalam talian bernilai RM320,000 yang mana RM125,000 dibayar pada November tahun lepas dan baki Mac tahun ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619