EXCO

Lebih 1,500 kes keganasan rumah tangga dilapor hingga Oktober

29 Nov 2021, 12:15 PM
Lebih 1,500 kes keganasan rumah tangga dilapor hingga Oktober

SHAH ALAM, 29 NOV: Sebanyak 1,519 kes keganasan rumah tangga direkodkan di Selangor sehingga Oktober lalu, kata EXCO pembangunan wanita dan keluarga.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata berdasarkan statistik polis Selangor, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan sejak 2018 sehingga Oktober 2021 ialah 4,978 kes.

"Pada 2018 kes dicatat ialah 951, manakala 1,159 kes (2019), 1,349 (2020) dan 1,519 bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu.

"Kerajaan Negeri mengambil inisiatif dengan menyediakan Talian SELamat sebagai talian khas untuk masyarakat membuat aduan tentang keganasan rumah tangga yang berlaku khususnya di Selangor," katanya.

Siti Mariah menjawab soalan wakil rakyat Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli berhubung jumlah kes keganasan rumah tangga dan langkah diambil Kerajaan Negeri mengurangkannya pada Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Tambah Siti Mariah, dalam tempoh tiga minggu talian SELamat beroperasi, sebanyak 14 panggilan diterima iaitu tujuh daripadanya berkaitan keganasan rumah tangga yang mana tiga panggilan masing-masing kategori psikologi dan fizikal manakala satu berhubung ekonomi.

"Kesemua kes yang diterima adalah bukan kecemasan dan tujuan panggilan adalah untuk mendapatkan khidmat kaunseling bagi membantu mereka dari segi pengurusan emosi.

"Berdasarkan maklum balas selama tiga minggu ini, Talian SELamat telah membantu pemandiri dan pemanggil dengan menjadi rujukan pertama kepada masalah keganasan rumah tangga yang berlaku kepada mereka, ahli keluarga atau jiran," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619