AGENDA

Urusan rawatan psikiatri dipercepat, sokong individu alami tekanan

28 Nov 2021, 3:58 AM
Urusan rawatan psikiatri dipercepat, sokong individu alami tekanan

SHAH ALAM, 28 NOV: Orang ramai yang meluahkan tekanan menerusi program Selangor Mental Sihat (Sehat) akan dirujuk kepada pakar psikiatri dengan segera mulai tahun depan.

EXCO kesihatan berkata langkah itu antara penambahbaikan program SEHAT selepas sektor kesihatan negeri ini menerima peruntukan Belanjawan #Selangor2022 berjumlah RM65 juta.

"Kita sudah ada pelbagai program mendidik rakyat untuk menjaga kesihatan mental menerusi talian Sehat, ada dalam kalangan mereka yang menghubungi memerlukan rawatan atau terapi dengan pakar psikiatri.

"Jadi tahun depan, InsyAllah ada mekanisme yang mana kita akan berhubung terus dan mereka mereka tanpa perlu janji temu yang lama akan dirujuk kepada pakar, kita perlu sokong mereka," kata Dr Siti Mariah Mahmud kepada SelangorKini.

Pada Jumaat, Dato’ Menteri Besar ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2022 berkata peruntukan bagi sektor kesihatan awam meningkat kepada RM65 juta pada 2022 berbanding RM56.5 juta pada tahun sebelumnya.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, peningkatan sebanyak RM8.5 juta itu selaras dengan agenda Kerajaan Negeri yang mengutamakan kesihatan rakyat.

Pada 30 Ogos Kerajaan Negeri melancarkan fungsi SEHAT dengan peruntukan RM500,000 bagi menangani isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan sejak pandemik melanda negara.

Program itu membolehkan pengguna mengetahui tahap kesihatan mental menerusi saringan awal ‘skala tekanan’ dan ‘pemeriksaan risiko’ secara kendiri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619