AGENSI

MB tinjau lokasi terkesan banjir di Ampang Jaya

27 Nov 2021, 11:00 AM
MB tinjau lokasi terkesan banjir di Ampang Jaya

SHAH ALAM, 27 NOV: Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyertai KDEB Waste Management (KDEBWM) meninjau lokasi kejadian banjir di Ampang Jaya di sini hari ini.

Agensi berkata pihaknya menggerakkan pasukan operasi bagi membantu Majlis Perbandaran Ampang Jaya melakukan kerja pembersihan di kawasan yang terjejas teruk.

"Lebih 70 kru operasi pembersihan siap siaga melakukan kerja mengutip sampah pukal dan membersih barangan seperti perabot penduduk yang terjejas ekoran banjir," katanya di Facebook.

KDEBWM memaklumkan turut hadir pada program tersebut ialah Pengarah Urusannya Ramli Mohd Tahir.

Baru-baru ini, beberapa kawasan sekitar daerah Ampang, Hulu Langat dan Gombak mengalami banjir kilat selepas hujan lebat hampir tiga jam di Lembah Klang.

Di Ampang antara kawasan terlibat Taman Hillview, Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan.

Susulan kejadian, Kerajaan Selangor menggerakkan beberapa agensi antaranya pihak berkuasa tempatan, KDEBWM bersama pusat khidmat dan penyelaras DUN memberi bantuan kecemasan serta membantu proses perpindahan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619