AGENDA

Hampir RM250 juta tingkat prasarana jalan raya

26 Nov 2021, 1:02 PM
Hampir RM250 juta tingkat prasarana jalan raya

SHAH ALAM, 26 NOV: Jabatan Kerja Raya menerima peruntukan berjumlah RM138.13 juta bagi merapatkan jurang pembangunan antara daerah melalui peningkatan jaringan jalan raya.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata jumlah diluluskan itu meliputi kos pelaksanaan semua projek jalan raya pada tahun depan.

Jelas beliau, Kerajaan Negeri turut membelanja RM44 juta bagi menampung kos pembinaan jalan baharu di Gombak, Sepang dan Kuala Langat yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi sekitar.

"Bagi memastikan jalan sedia ada dapat menampung aliran trafik serta dapat mengatasi kesesakan, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM65.4 juta bagi tujuan itu. Ia termasuk cadangan naik taraf jalan tertentu.

"Sejumlah RM2 juta turut diluluskan bagi kerja pewartaan jalan seluruh daerah negeri ini secara berperingkat," katanya ketika membentangkan Belanjawan #Selangor 2022 pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata Selangor bakal memperluaskan penggunaan sistem pintar aset jalan raya yang dilengkapi perisian sistem maklumat geografi (geographic information system) bagi mengatasi masalah jalan berlubang, garisan pudar atau kerosakan lain dengan lebih pantas.

Sistem dalam talian itu dikendalikan anak syarikat Kerajaan Negeri, Selgem Sdn Bhd dan kos pembiayaan ditanggung Kumpulan Semesta.

"Bagi meneruskan projek pembinaan dua jambatan iaitu di Kampung Sungai Kundang, Gombak dan Kampung Sungai Buah, Sepang sebanyak RM8.23 juta diperuntukkan.

"Untuk memastikan infrastruktur sedia ada dalam keadaan selamat, kos melibatkan RM4.98 juta akan dibelanja bagi kerja membina dan menaik taraf bangunan termasuk membaik pulih istana di negeri," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619