AGENDA

Aplikasi Go Selangor rancakkan pelancongan mulai Februari

26 Nov 2021, 9:18 AM
Aplikasi Go Selangor rancakkan pelancongan mulai Februari

SHAH ALAM, 26 NOV: Kerajaan Negeri membangunkan aplikasi rasmi pelancongan Go Selangor yang dijangka tersedia kepada orang ramai awal Februari tahun depan.

Dato' Menteri Besar berkata aplikasi itu dibangunkan Tourism Selangor dengan kerjasama syarikat pemula tempatan Tourplus selain disokong Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec).

"Tourism Selangor dengan kempen 'Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!' akan memberi tumpuan kepada pendigitalan pelancongan bagi membantu operator pelancongan Selangor beranjak dalam talian.

"Ia akan menjadi aplikasi rasmi pelancongan negeri bagi memperkasa Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Selangor memasuki era digitalisasi (dengan) sasaran fasa pertama membantu 100,000 PKS mendigitalkan aplikasi Go Selangor menjelang 2022," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan #Selangor2022 pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan semua perniagaan layak menyertai aplikasi berkenaan secara percuma.

Katanya, pelancong boleh menggunakan aplikasi itu untuk tempahan hotel, pemindahan lapangan terbang, tiket tarikan, baucar spa dan makanan, lawatan sehari serta menyesuaikan lawatan peribadi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619