AGENDA

Kitab lengkap Ihya’ ‘Ulumuddin karya Imam Al Ghazali diterjemah

26 Nov 2021, 8:42 AM
Kitab lengkap Ihya’ ‘Ulumuddin karya Imam Al Ghazali diterjemah

SHAH ALAM, 26 NOV: Demi memastikan karya agung Islam terus diingati, Kerajaan Negeri bersetuju menterjemahkan penulisan tersebut ke bahasa Melayu.

Dato' Menteri Besar berkata iltizam karya agung itu akan dimulakan dengan karya Ihya’ ‘Ulumuddin oleh Imam Al Ghazali.

Menurut Dato' Seri Amirudin Shari karya agung dalam tamadun Islam adalah sumur yang tidak pernah kering dalam memberi pedoman dan inspirasi kepada umat Islam sejagat.

"Salah satu karya terbesar yang menjadi rujukan sepanjang zaman oleh umat Islam di Malaysia adalah kitab Ihya’ 'Ulumuddin oleh Imam Al-Ghazali rahimahullah.

"Terjemahan Karya Agung Islam ini akan dimulakan dengan karya Ihya’ 'Ulumuddin dengan geran permulaan sebanyak RM1 juta dan dijangkakan akan berjalan selama tiga tahun," katanya ketika membentangkan Belanjawan #Selangor 2022 pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Usaha itu dibuat selepas mengambil kira kitab yang banyak jilid tersebut belum pernah diterjemahkan dengan baik dan lengkap ke bahasa Melayu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619