AGENSI

Bantuan alat canggih bantu tingkat tangkapan nelayan tradisi

26 Nov 2021, 1:19 AM
Bantuan alat canggih bantu tingkat tangkapan nelayan tradisi
Bantuan alat canggih bantu tingkat tangkapan nelayan tradisi
Bantuan alat canggih bantu tingkat tangkapan nelayan tradisi

KUALA SELANGOR, 26 NOV: Inisiatif Kerajaan Negeri menyediakan peralatan canggih seperti alat pengesan lokasi ikan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 diharap dapat membantu meningkatkan pendapatan nelayan tradisi.

Nelayan dari Kampung Tok Adam, Kuala Selangor, Kamaruddin Sarap, 44, berkata selama ini kebanyakan mereka menangkap ikan dan sumber laut lain mengikut kaedah lama yang tidak memberi hasil serta pulangan tinggi.

"Dulu orang kampung kata kalau hendak turun ke laut kena tengok 'pedoman' dulu macam tanda pokok bergerak, tetapi kami agak ragu-ragu juga dan hasilnya kadang-kala berbeza.

[caption id="attachment_497107" align="alignright" width="380"] Kamaruddin Sarap. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Tetapi difahamkan menggunakan alat pengesan lokasi ikan ini, pergerakan ikan di dasar laut pun boleh dikesan dan kami boleh terus ke kawasan banyak ikan," katanya yang menjadi nelayan sejak 25 tahun lalu.

Beliau ditemui selepas majlis penyerahan bantuan nelayan di bawah Pakej Kita Selangor oleh Exco Asas Tani Ir Izham Hashim di sini semalam.

Pada majlis itu, Izham menyerahkan sumbangan alat pengesan lokasi ikan dan baucar petrol kepada nelayan sekitar daerah ini.

Bagi nelayan dari Kampung Bagan Pasir Penambang Teo Chin Yong, 57, bantuan baucar bahan bakar diberikan Kerajaan Negeri dapat meringankan beban mereka yang berdepan pendapatan tidak menentu.

[caption id="attachment_497108" align="alignleft" width="380"] Teo Chin Yong. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Sekarang musim hujan jadi susah hendak turun ke laut, hasil pun kurang macam mana hendak beli minyak.

"Bila ada bantuan ini, dapat kami guna untuk tujuan itu apabila cuaca baik nanti," katanya.

Pada 9 Jun, Kerajaan Selangor memperuntuk lebih RM13 juta bagi membantu petani dan penternak yang terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Inisiatif sebahagian Pakej Kita Selangor 2.0 merangkumi RM10 juta untuk program jaminan bekalan makanan, Program Agro Prihatin (RM1.5 juta) dan program peningkatan hasil (RM1.93 juta).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619