EXCO

Wau kapal bakal diangkat wau rasmi Selangor

25 Nov 2021, 4:33 AM
Wau kapal bakal diangkat wau rasmi Selangor

SHAH ALAM, 25 NOV: Wau kapal yang melambangkan identiti Selangor bakal diangkat sebagai wau rasmi negeri ini, kata EXCO kebudayaan dan warisan.

Borhan Aman Shah berkata permainan itu yang kaya dengan tradisi wajar diingati masyarakat terutama belia apatah lagi ia dimainkan sejak turun-temurun.

"Seperti wau bulan yang sinonim dengan Kelantan, kita juga mahu mengkomersialkan wau kapal supaya lebih dikenali di Selangor dan tidak lenyap ditelan zaman.

"Kita akan angkat wau kapal untuk dijadikan wau rasmi dan kekal sebagai wadah budaya bangsa selain dinikmati oleh semua lapisan masyarakat," katanya kepada Selangorkini.

Wakil rakyat Tanjung Sepat berkata pertandingan wau kapal peringkat negeri akan dianjurkan secara besar-besaran tahun depan bagi mempopularkan permainan itu.

Borhan menjelaskan cadangan itu susulan pertandingan Wau Tegak Lajak Kapal Selangor anjuran Dewan Undangan Negerinya (DUN), baru-baru ini menerima lebih 800 penyertaan.

"Selain melibatkan peserta masyarakat setempat, kita juga menerima banyak penyertaan dari daerah lain seperti Klang dan Shah Alam," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619