ADN

Sumbang RM20,000 bantu persatuan nelayan baiki kemudahan jeti

24 Nov 2021, 8:10 AM
Sumbang RM20,000 bantu persatuan nelayan baiki kemudahan jeti

SHAH ALAM, 24 NOV: Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat menyumbangkan kira-kira RM20,000 kepada Persatuan Nelayan Kampung Batu Laut bagi melaksanakan kerja pembaikan beberapa infrastruktur jeti kawasan tersebut.

Borhan Aman Shah berkata antara infrastruktur yang dinaik taraf termasuk membaik pulih surau dan bumbung pengkalan jeti.

"Bantuan diberikan melibatkan beberapa siri sumbangan sejak awal tahun ini dengan terbaharu sejumlah RM2,500 untuk baik pulih bumbung bocor dan rosak teruk kesan ribut.

"Sumbangan ini juga adalah sebahagian daripada usaha memberi keselesaan dan kemudahan kepada  nelayan," katanya kepada SelangorKini.

Borhan berkata pihaknya berharap nelayan dapat menggunakan bantuan yang diberikan dengan sebaiknya.

"Selain untuk keselesaan, baik pulih infrastruktur ini juga diharap dapat menarik pengunjung untuk datang ke pengkalan jeti terbabit," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619