AGENSI

Jais: Tiada kompromi individu tolak vaksin tanpa alasan kukuh

24 Nov 2021, 7:00 AM
Jais: Tiada kompromi individu tolak vaksin tanpa alasan kukuh

SHAH ALAM, 24 NOV: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menolak vaksin Covid-19 tanpa alasan kukuh.

Pengarahnya Dato' Mohd Shahzihan Ahmad berkata pihaknya kini dalam tempoh meneliti faktor kakitangan seliaanya yang belum menerima dos pelalian.

"Kita masih meneliti perkara ini kerana mungkin ada segelintirnya enggan divaksin sebab faktor kesihatan dan mereka ada bukti lampiran daripada pihak perubatan.

"Namun, Jais tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang tidak mahu divaksin dengan sengaja... tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka termasuk larangan bertugas," katanya.

Berdasarkan data yang dikongsi, seramai 311 kakitangan Jais belum mendapat suntikan tersebut iaitu 207 ahli jawatankuasa masjid, 100 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) dan empat jurunikah.

Pada 22 September, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menzahirkan kekecewaan apabila dimaklum seramai 96 individu daripada golongan terbabit menolak untuk divaksin.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj juga kecewa apabila hanya 203 individu sertai program vaksinasi khas Covid-19 untuk petugas Jais sedangkan seramai 873 orang diarahkan hadir.

Baginda bertitah akan meneliti nama individu yang memutuskan untuk tidak divaksin dan satu ketetapan berhubung tindakan yang akan diambil terhadap mereka bakal ditentukan kelak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619