AGENDA

MB: Dana RM1.7 bilion bangun projek tahun depan, naik taraf kemudahan

23 Nov 2021, 3:49 PM
MB: Dana RM1.7 bilion bangun projek tahun depan, naik taraf kemudahan

SHAH ALAM, 23 NOV: Selangor menerima dana berjumlah RM1.756 bilion daripada kerajaan persekutuan bagi membiayai kos projek sambungan dan baharu tahun depan.

Peruntukan bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) itu bagi menaik taraf jalan raya, jalan baharu di Serendah dan pembinaan pusat kardiologi Hospital Serdang, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan dana disalurkan itu juga bagi pembinaan Hospital Tanjung Karang.

Menurutnya, projek berimpak tinggi melibatkan infrastruktur harus diutamakan berikutan Selangor gedung ekonomi selain menyumbang 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Kerajaan Negeri komited bagi pelaksanaan RMK-12 yang akan memberi manfaat kepada rakyat Selangor," katanya menerusi Facebook hari ini.

Terdahulu, Amirudin menghadiri sesi libat urus pasca RMK-12 bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapha Mohamed.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619