AGENDA

Banjir surut, sukarelawan giat bersih rumah

23 Nov 2021, 5:30 AM
Banjir surut, sukarelawan giat bersih rumah

SHAH ALAM, 23 NOV: Banjir kilat setinggi 0.3 meter hingga 1.5 meter sekitar Lembah Jaya, Ampang malam tadi surut selepas tiga jam, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor.

Pengarahnya Norazam Khamis berkata air mendadak naik mulai jam 7 petang akibat hujan lebat berterusan lebih tiga jam sekitar Lembah Klang.

"Air mula surut pada jam 11 malam dan penduduk terjejas yang ditempatkan di pusat pemindahan dibenarkan pulang. Semalam merupakan antara banjir terburuk di kawasan berkenaan.

"Selain faktor hujan lebat, perparitan juga menjadi punca banjir kilat ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Norazam berkata sejak pagi tadi pihaknya bersama agensi Kerajaan Selangor giat membersihkan rumah penduduk serta kawasan persekitaran.

Malam tadi kawasan sekitar Ampang, Hulu Langat dan Gombak mengalami banjir kilat. Bagaimana tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Susulan itu Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan pihak berkuasa tempatan, KDEB Waste Management bersama pusat khidmat dan penyelaras DUN akan memberi bantuan kecemasan serta perpindahan selain Team Selangor dan Sukarelawan Selangor (SERVE) membantu kerja pembersihan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619