AGENDA

KPDNHEP Selangor keluar 4 notis kepada peniaga naik harga ayam

22 Nov 2021, 9:02 AM
KPDNHEP Selangor keluar 4 notis kepada peniaga naik harga ayam

SHAH ALAM, 22 NOV: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor mengeluarkan empat notis kepada pemborong dan peniaga pasar yang menaikkan harga ayam.

Pengarahnya Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata notis tersebut dikeluarkan setelah pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap 210 premis sejak 8 hingga 19 November lalu.

"Sepanjang pemeriksaan dijalankan, lapan aduan diterima iaitu enam daripadanya berkenaan kenaikan harga dan selebihnya pula ayam mahal.

"Harga ayam yang ditetapkan di pasaran ialah RM9.50 sekilogram tetapi peniaga menjualnya pada harga lebih daripadanya sehingga mencecah RM10. Oleh demikian, kita telah meminta peniaga dan pemborong itu melengkapkan butiran berhubung kenaikan harga," katanya.

Beliau ditemui pada Program Penyerahan Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP) 2021 di dua premis di daerah ini iaitu Kedai Buku MRKB Seksyen 19 dan Pusat Pakaian Hari-Hari Ole-Ole Seksyen 18 hari ini.

Majlis tersebut dihadiri EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Berhubung bekalan minyak peket, Muhamad Zikril Azan berkata pengguna tidak perlu risau tentang bekalannya kerana ia mencukupi dan stabil.

"Kita telah berunding dengan 70 pembungkus semula minyak masak supaya segera menghantar bekalan ke premis-premis terpencil yang tidak menerimanya," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619