ad
AGENDA

SELamat sedia khidmat profesional atasi keganasan rumah tangga

22 Nov 2021, 8:52 AM
SELamat sedia khidmat profesional atasi keganasan rumah tangga

SHAH ALAM, 22 NOV: Kerajaan Selangor hari ini melancarkan talian khas SELamat sebagai sistem sokongan bagi membantu individu berdepan keganasan rumah tangga membuat aduan.

Beroperasi 24 jam setiap hari, talian itu diselia 10 sukarelawan dan kaunselor bertauliah, petugas sepenuh masa serta jabatan kerajaan berkaitan, kata EXCO pembangunan wanita.

Dr Siti Mariah Mahmud menjelaskan mangsa diberi penyelesaian jangka pendek dari sudut nasihat dan bantuan psikologi sebelum menerima bantuan susulan.

"Saya menyeru masyarakat untuk hubungi talian ini dan kita akan berusaha membantu tindakan lanjut seperti mengaturkan perlindungan sementara atau tindakan undang-undang," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan SELamat di Perpustakaan Raja Tun Uda di sini hari ini.

Dr Mariah berkata sebanyak empat panggilan diterima membabitkan aduan keganasan rumah tangga dan satu kes penderaan kanak-kanak sejak talian itu beroperasi awal bulan ini.

Beliau berkata panggilan lain meliputi bantuan Kerajaan Negeri dan lokasi pusat khidmat masyarakat.

Orang ramai yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian 03-6419 5027. SELamat antara inisiatif terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 dengan peruntukan RM100,000.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.