AGENDA

Asnaf Selangor ditawar kursus dalam sektor ladang

22 Nov 2021, 4:47 AM
Asnaf Selangor ditawar kursus dalam sektor ladang
Asnaf Selangor ditawar kursus dalam sektor ladang

SHAH ALAM, 22 NOV: Golongan asnaf yang berdaftar di Selangor ditawar mengikuti kursus teknikal dan operasi dalam sektor perladangan.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan peserta yang tamat program akan mengisi 5,873 kekosongan pelbagai jawatan di Sime Darby Plantation Berhad di seluruh negara.

"Permohonan dibuka sepanjang tahun. Jangan tunggu lagi, jom rebut tawaran ini segera. Program kemahiran, pensijilan dan penempatan pekerjaan sekaligus," tulisnya di Facebook.

Menurutnya, program latihan jangka pendek diadakan selama satu hingga dua bulan menggunakan modul latihan yang dibangunkan iCEPS Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) dan Sime Darby Plantation Berhad.

"Kos latihan, tempat tinggal dan keseluruhan kos program adalah percuma dan gaji ditawarkan selepas latihan bermula dari RM1,200," katanya.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di laman sesawang https://bit.ly/Uitm-Simedarby-LZS

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619