AGENDA

40 syarikat pemula dapat dana bawah Program Pemecut Selangor

20 Nov 2021, 2:00 PM
40 syarikat pemula dapat dana bawah Program Pemecut Selangor

Oleh Nasuha Badrul Huzaini

KUALA LUMPUR, 20 NOV: Dianggarkan 40 daripada 120 syarikat pemula niaga menerima pembiayaan bawah Program Pemecut Selangor (SAP), kata Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata inisiatif kendalian Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) turut menyaksikan sebanyak 26 syarikat menyertai lawatan ke luar negara.

Jelasnya, syarikat terbabit yang cemerlang dalam Pitch@Selangor dan Hari Demo SAP melawat Beijing dan Hangzhou di China, Jakarta, Indonesia dan Silicon Valley di California.

“Jika keadaan mengizinkan, 'moon shot' Sidec' akan berlangsung di Silicon Valley untuk berbincang dan mengambil bahagian dalam Persidangan Global Startup Grind pada Februari 2022.

“Selain itu, saya berharap mereka akan dapat terus melawat syarikat gergasi internet seperti Google, Amazon, Facebook dan Universiti Stanford,” katanya merasmikan Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Acara bertemakan Transformasi Digital Ke Arah Pemulihan Ekonomi itu bersempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2021.

SAP menumpukan lima teras utama iaitu agriteknologi, teknologi kewangan, teknologi hijau, e-dagang dan penyelesaian bandar pintar merangkumi teknologi hartanah, mudah alih dan logistik.

Pada tahun ini, sebanyak 30 syarikat pemula dipilih menyertai program itu bagi melonjakkan perniagaan yang dibiayai Kerajaan Negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619