AGENSI

Mais hargai 18 pelatih pusat perlindungan, bantu tingkat keyakinan diri

19 Nov 2021, 12:18 AM
Mais hargai 18 pelatih pusat perlindungan, bantu tingkat keyakinan diri

SHAH ALAM, 19 NOV: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memberi penghargaan kepada 18 pelatih Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan di Sabak Bernam sebagai penyuntik semangat untuk terus mencapai kejayaan.

Setiausaha Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata inisiatif juga merupakan dorongan serta sokongan kepada pelatih untuk lebih berkeyakinan meskipun tinggal dalam pusat perlindungan.

"Masing-masing menerima anugerah berbeza yang dinilai dari segi sahsiah antaranya kejujuran, kebersihan, kehadiran, kepimpinan dan kerajinan selain berjaya dalam bidang kemahiran dan fardu ain.

"Penghargaan ini memberi peluang kepada mereka untuk membentuk sahsiah diri supaya menjadi insan lebih sempurna dan cemerlang," katanya menerusi kenyataan.

Ahmad Shahir berkata pihaknya turut memberi penghargaan kepada 20 guru pembimbing yang menjadi tunjang utama kejayaan pelatih terbabit.

Anugerah disampaikan Pengerusi Mais Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada majlis Hari Kecemerlangan ke-13 pusat perlindungan itu semalam.

Ahmad Shahir berkata pihaknya akan terus menganjurkan pelbagai program bermanfaat kepada semua pelatih supaya mereka kembali ke pangkal jalan termasuk bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan dan pencegahan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619