AGENDA

Sidang niaga Selangor 2021 dapat sambutan meskipun dalam fasa pandemik

18 Nov 2021, 1:32 PM
Sidang niaga Selangor 2021 dapat sambutan meskipun dalam fasa pandemik

KUALA LUMPUR, 18 NOV: Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2021 menerima sambutan menggalakkan pada hari pertama meskipun dalam fasa pandemik Covid-19.

EXCO Pelaburan Perdagangan dan Perindustrian Dato’ Teng Chang Khim berkata sidang kemuncak yang dilaksana secara hibrid itu dilaksana dengan pematuhan tatacara operasi piawai (SOP).

"Secara jujurnya, kita tidak meletakkan jumlah sasaran pengunjung kerana kita rancang untuk melaksanakan program ini dalam tempoh singkat iaitu dua bulan lepas dan kami mengambil risiko untuk memastikan acara ini dapat dianjur mengikut jadual.

"Kita yakin lebih ramai peserta luar negara akan menyertai acara ini jika aktiviti merentas sempadan antarabangsa dibenarkan dan tiada pandemik Covid-19," katanya ketika ditemui.

Pada masa sama, Chang Khim menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memanfaatkan peluang itu dan berusaha mempromosi produk kepada pengimport asing dan menjana lebih banyak jualan.

"SIBS 2021 merupakan platform penting bagi peniaga tempatan untuk menembusi pasaran ASEAN.

"Justeru sidang ini merupakan platform terbaik untuk meneroka pasaran di negara jiran ASEAN, saya berharap peniaga PKS dapat memanfaatkan pameran yang diadakan pada tahun ini," katanya.

SIBS2021 berlangsung sehingga 21 November di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli merasmikan SIBS 2021 hari ini. Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619