AGENSI

Unisel, MBBY lancar katalog buku untuk orang muda

17 Nov 2021, 7:52 AM
Unisel, MBBY lancar katalog buku untuk orang muda
Unisel, MBBY lancar katalog buku untuk orang muda

SHAH ALAM, 17 NOV: Universiti Selangor (Unisel) dan Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) melancarkan katalog buku Kongres Lembaga Antarabangsa Buku untuk Orang Muda (IBBY).

Presiden dan Naib Canselor Unisel Prof Dato' Dr Mohamad Redzuan Othman berkata pelancaran itu bertujuan menarik minat membaca buku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Menurutnya, golongan muda semakin kurang menunjukkan tabiat tersebut kerana mereka kerap terdedah dengan penggunaan gajet seawal usia setahun.

[caption id="attachment_495836" align="alignleft" width="263"] Antara katalog buku Kongres Lembaga Antarabangsa Buku Untuk Orang Muda (IBBY). Foto Facebook Universiti Selangor[/caption]

"Menjadi tanggungjawab kita sebagai dewasa untuk memupuk kembali minat itu dalam kalangan kanak-kanak dan remaja pada masa kini," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Presiden MBBY Dato’ Ahmad Redza Ahmad Khairuddin pula berkata beliau berbangga buku kanak-kanak dan remaja di Malaysia tersenarai sekali lagi di peringkat antarabangsa.

"Kita berharap agar senarai pendek buku yang dihantar ke peringkat antarabangsa ini mendapat pengiktirafan sebagai buku terbaik,” ujarnya.

Majlis di Unisel Kampus Shah Alam semalam turut meraikan tiga pemenang bagi Sijil Kepujian Buku Terbaik IBBY Malaysia 2021 yang disenaraikan sebagai calon Malaysia yang akan dibawa ke peringkat antarabangsa.

Buku tersebut antaranya berjudul 'Gemilangnya Putrajaya/Magnificent Putrajaya', 'Tuty the Turtle' dan 'Anak Murid Yang Memakai Kain Cawat'.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619