AGENDA

Ayuh meriahkan Pesta Buku Selangor, kekal patuh SOP - MB

17 Nov 2021, 6:30 AM
Ayuh meriahkan Pesta Buku Selangor, kekal patuh SOP - MB

SHAH ALAM, 17 NOV: Dato' Menteri Besar mengajak orang ramai memeriahkan Pesta Buku Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini bermula 2 hingga 12 Disember depan.

Dato' Seri Amirudin Shari menerusi hantaran di Facebook mengingatkan pengunjung dan peserta pesta ilmu itu untuk kekal patuh tatacara operasi piawai (SOP).

"Ayuh bersama kita raikan pesta ilmu dengan mematuhi SOP sedia ada," katanya.

Beliau berkata penganjuran pesta itu juga selari dengan status negeri sebagai pusat ilmu dan pendidikan utama.

"Selain dari gedung ekonomi negara, Selangor juga adalah gedung ilmu dan pusat pendidikan utama," tulisnya.

Pesta buku selama 11 hari anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor akan bermula jam 10 pagi hingga 9 malam manakala pada Jumaat dan Sabtu dilanjutkan hingga 10 malam.

Lebih 200,000 karya tempatan dan antarabangsa ditawarkan dengan diskaun menarik.

Selain kepelbagaian aktiviti, peserta juga berpeluang menjadi salah seorang daripada sembilan pemenang cabutan bertuah wang tunai RM500 setiap hari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619