AGENDA

PKP bukan halangan negeri kekal destinasi pelaburan pilihan

16 Nov 2021, 9:22 AM
PKP bukan halangan negeri kekal destinasi pelaburan pilihan

SHAH ALAM, 16 NOV: Selangor terus kekal dan teguh sebagai destinasi pelaburan serta gedung ekonomi negara meskipun hampir lima bulan dihimpit Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata ia terbukti apabila negeri mencatat kutipan hasil memberangsangkan melalui strategi pendigitalan dan komitmen penjawat awam.

"Alhamdulillah Selangor berjaya mencatat kutipan hasil memberangsangkan. Selangor terus kekal dan teguh sebagai destinasi pelaburan dan gedung ekonomi negara," katanya di Facebook hari ini.

Pada 8 November, Amirudin berkata Selangor boleh mencapai sasaran kutipan hasil RM2.2 bilion

pada tahun ini di sebalik pelbagai cabaran.

Beliau berkata jumlah kutipan hasil mencecah 95 peratus setakat 7 November dan masih ada tempoh lagi sehingga penghujung tahun ini.

“Mengikut rekod mungkin paling kurang RM2.1 bilion namun kita ada peluang capai sasaran seperti tahun lalu yang mencatat lebihan iaitu RM2.23 bilion,” katanya.

Amirudin berkata hasil kutipan itu akan membolehkan Kerajaan Negeri membelanjakan dana untuk rakyat terutama membabitkan proses pemulihan susulan dampak Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619