BERITA UTAMA

Kerajaan Negeri kaji tambah stok pembelian unit Skim Smart Sewa

16 Nov 2021, 6:31 AM
Kerajaan Negeri kaji tambah stok pembelian unit Skim Smart Sewa

SHAH ALAM, 16 NOV: Kerajaan Negeri mengkaji keperluan menambah stok pembelian 100 unit Skim Smart Sewa tahun depan bagi menampung permintaan sedia ada.

EXCO Perumahan berkata sejak diperkenal pada 2015, sejumlah 1,111 unit terlibat dengan pelaksanaan program itu melalui peruntukan pembangunan disalurkan Kerajaan Negeri sebagai modal permulaan.

"Daripada jumlah ini, sebanyak 649 unit dibuka sewaan kepada orang awam memandangkan projek siap sepenuhnya manakala 110 unit telah dibuat penyerahan untuk proses penyewaan.

"Projek dalam pembinaan di tapak pula membabitkan 40 unit manakala pembelian baru diluluskan tahun lepas dan tahun ini ialah 312 unit," kata Rodziah Ismail ketika dihubungi Selangorkini.

Mengulas lanjut, beliau berkata sebanyak 920 permohonan diterima setakat ini dengan 530 unit disewakan kepada orang awam, sementara baki unit kosong dalam proses temuduga bagi kemasukan baharu.

Menerusi Belanjawan Selangor 2021, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan sebanyak RM20 juta bagi program Skim Smart Sewa menggunakan dana Tabung Amanah Pengecualian Syarat Kuota Bumiputera.

Skim Smart Sewa memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak berupaya memiliki Rumah Selangorku untuk memiliki kediaman sendiri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619