AGENDA

MB mahu usaha banteras kilang haram diteruskan, puji tindakan MPHS

16 Nov 2021, 4:15 AM
MB mahu usaha banteras kilang haram diteruskan, puji tindakan MPHS

SHAH ALAM, 16 NOV: Dato' Menteri Besar memuji tindakan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyita sebuah kilang yang beroperasi tanpa lesen di Kawasan Perindustrian Sungai Choh, Serendah.

Dato' Seri Amirudin Shari mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) meneruskan usaha membanteras aktiviti kilang haram.

"Syabas MPHS di atas tindakan penguatkuasaan ini. Teruskan usaha membanteras kilang haram," katanya di Facebook hari ini.

Beliau mengulas laporan Selangorkini mengenai tindakan MPHS menyita sebuah kilang yang beroperasi tanpa lesen dan merampas 56 jongkong aluminium bernilai RM300,000 dalam operasi pada 9 November.

Amirudin berkata Kerajaan Negeri mempergiat usaha membanteras aktiviti kilang haram sejak awal tahun ini.

"Usaha perobohan dan kompaun telah ditingkatkan di semua daerah dan kawasan bagi memastikan aktiviti kilang haram dapat dibasmi," katanya.

Dalam operasi itu, premis terbabit dikenakan tindakan mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil 3 dan 38 Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDHS) 2007.

Selain aluminium, turut disita lapan tong gas lima forklift, masing-masing empat unit monitor, papan kekunci, komputer, tiga mesin cetak dan seunit penimbang digital.

Operasi itu turut membawa kepada penahanan dua pekerja warga China ekoran gagal menunjukkan dokumen sah.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619