AGENSI

Pesakit taun sembuh, JKNS tetap bersedia jika ada jangkitan baharu

15 Nov 2021, 8:20 AM
Pesakit taun sembuh, JKNS tetap bersedia jika ada jangkitan baharu

SHAH ALAM, 15 NOV: Warga tempatan yang dijangkiti taun atau kolera di Petaling bulan lalu sudah sembuh, menurut EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menjalankan usaha mencari punca jangkitan melibatkan semua kontak penyedia makanan namun belum menemui punca sebenar.

"Kes dikesan 21 Oktober. Siasatan mendapati semua (penyedia makanan) bebas daripada kuman. Walaupun tak dapat kesan punca, JKNS tetap mengambil langkah bersedia sekiranya ada lagi kes ini.

"Peniaga makanan diminta lebih teliti menjaga kebersihan jualan. Orang awam yang mengalami cirit-birit, muntah dan loya diminta segera mendapatkan rawatan," katanya kepada SelangorKini.

Dr Siti Mariah turut mengingatkan masyarakat supaya mengamalkan kebersihan diri dan kerap mencuci tangan selain tidak makan makanan mentah atau tidak dimasak sempurna.

"Minum air yang dididihkan atau terawat. Jika ada simptom kolera terus dapatkan rawatan," katanya.

Semalam Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi Twitter mengesahkan berlakunya jangkitan berkenaan.

Sebagai langkah pencegahan, JKNS meminta semua pengamal perubatan melaporkan kes wabak yang disahkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) melalui sistem e-notifikasi dalam tempoh 24 jam.

Selain itu, mereka juga diminta mengambil sampel najis bagi ujian kultur dan sensitiviti bagi kes yang disyaki kolera.

Sementara itu, PKD turut diminta mempertingkatkan pemantauan ‘acute gastroenteritis’ (AGE) di semua klinik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619