AGENDA

PRN Melaka: HARAPAN Selangor terus bantu calon ikut ketetapan

15 Nov 2021, 4:21 AM
PRN Melaka: HARAPAN Selangor terus bantu calon ikut ketetapan

BANDAR HILIR, 15 NOV: Larangan berkempen secara fizikal sepanjang tempoh pilihan raya negeri (PRN) Melaka tidak menghalang pergerakan jentera Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor, kata pengerusinya.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata jentera parti bergerak seperti lazimnya dengan kos yang jimat dan murah namun mampu meningkatkan profesionalisme sehingga tiba hari pengundian.

"Cuma ini pengalaman pertama calon tidak dibenarkan bersemuka begitu banyak berbanding sebelum ini. Mungkin kita perlu menggalakkan mengumpul data dan menggunakannya sebaik mungkin untuk mendapatkan sokongan dalam pilihan raya akan datang," katanya semalam.

Beliau berkata selepas meluangkan masa lebih 40 minit di sekitar Jonker Walk dalam program lawatan turun padang bagi membantu persiapan calon HARAPAN.

Amirudin yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor memaklumkan akan mengadakan satu lagi sesi lawatan sebelum hari pengundian pada 20 November.

"Ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas akhir untuk mengukuhkan peranan jentera yang telah berkampung lebih dua minggu sebelum penamaan calon lagi," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi PRN Melaka pada 20 November dan undi awal pada 16 November.

Ia susulan pembubaran DUN pada 4 Oktober lalu selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap ketua menteri.

Melaka yang mempunyai 28 DUN memiliki seramai 495,195 pengundi berdaftar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619